Tuesday, December 29, 2009

PESTA PENANG....26 DECEMBER 2009

Kami satu family aku, hubby, anak2 aku, mak, ayah dan adik aku yang masih bercuti (2 hb Jan 2010 ni dah nak balik semula ke Institut Perguruan Pengkalan Chepa Kelantan ) ramai2 satu keta (penuh Gen 2 aku...cam sardin.. ) ke oversea...ala penangg...cadang nak ke Tapak Pesta malam tu. Sebelum tu kami sempat lagi pegi makan kenduri dulu dekat kawasan rumah mak aku. Dah kenyang menjamu selera dengan nasi kenduri dengan bubur pulut hitamnya lagi..sampai aku tapau bawak balik maklum la selang tak jauh dari rumah mak aku je rumah kenduri tu...jiran2 tersengih je tengok aku menatang bubur tu bawa balik..buat bodoh je tapi dalam hati alahai malu..nampak gak tu aku punya sorok2 jln pun laju2... Habiskan semangkuk tu kat rumah aku salin baju time dah pukul 3.00...cadang pegi awal sikit boleh ronda2 dulu penang.. Kami sampai kat Penang dah pukul 4.00 mcm tu..hubby bawak keta menuju ke Bukit Bendera atas suggestion aku...dah lama tak pegi situ dulu2 kerap la jugak mak aku bawakan...last pegi masa berdating dgn hubby la...hehehee dah 9 tahun rupanya padahal dekat je pun...


Gen 2 aku muat cukup2 je kami bertujuh....dah biasa dah pegi mana2 pun mcm tu jugak la..Kami naik feri la pa lagi..lagipun budak2 tu kan ke suka naik feri..

Sekali sekala berjalan mcm ni best...walaupun kami tak merancang sgt nak pegi. Tiap2 tahun kami pasti ke Tapak Pesta Penang nak shopping la pa2 yang patut...

Lebarnya senyuman si irfan ni kalau di bawak berjalan...dalam keta asyik dok tanya nak p mana ni....(sebab lambat tak sampai2)

pose anak n abah....seiras jerkk...

Time tu memang banyak sgt keta maklum lah semuanya pakat nak pegi Tapak Pesta agaknya...bulan december memang byk la keta luar berpusu-pusu nak ke sini...nak2 pulak dah hujung2 ni lagi 2-3 hari je tamat pesta penang..

Sesampainya kami kat Bukit Bendera terkejut...ya allah punya la ramai mengalahkan orang kat Tapak Pesta. Padan la hari Krismas tapi tak sangka la mcm ni punya ramai nak naik Bukit Bendera. Dalam hati dah agak dah sah tak dapat merasa naik kami. Hubby beratur kat kaunter tiket...emm sah tiket last pukul 9.00 mlm...time tu pukul 6.00 lebih. Memang tak dapat la kami...tak masuk akal nak tunggu sampai pukul 9.00. So senang cerita batalkan saja plan lagipun lain kali boleh datang lagi. Kebanyakan yang menunggu pun orang luar..dah tentu2 la depa nak jugak merasa sampai kat atas.Tak pa la bagi peluang je la kat depa2 tu...nanti kami lagi meramaikan orang pulak. Kami cuma lepak2 kat situ sementara memikir nak tukar plan lain...













Kami ambik keputusan makan dulu di gerai dekat situ...lagipun memang semua tengah lapar. Kebanyakan kami cuma order Nasi Goreng Ayam....ok jugak...

Di belakang tempat kami makan ni adalah laluan keretapi naik ke atas...dpt la jugak anak2 aku menengok ketapi tu...kempunan...kesian Irfan..

Nampak la keretapi baru nak bertolak naik di belakang kami tu....siap pose..

Tak dapat naik bergambar pun jadi la...Nak datang sini lain kali kena plan awal...ramai orang sekarang ni tak macam dulu sunyi je...ntah pa la yang ada kat atas tu sekarang ni...lama sgt tak naik...

Bukannya apa seronok dapat rasa kesejukan kat atas sana tu nak pegi Cameron Highlands jauh la sgt...hehee. Kami terus ke Tapak Pesta lepas tu lagipun dah gelap time tu..

Kami sampai seawal pukul 7.00 di Tapak Pesta. Tapi aku tengok orang dah berhimpun nak balik dgn barang2 shopping. Pukul berapa dorang ni sampai??? heran aku...cepatnya dah nak balik pulak tu. Kami ronda2 jamu mata belum nak beli lagi balik karang baru nak beli tau saja la..

Berkenan dgn lampu liplap2 ni...tak mau beli nak pose saja...

Mak dan ayah aku tumpang sekaki...

Bahagian permainan ni la yang paling anak2 aku tak sabar. Berhabis jugak la malam tu. Mahal tokennya...1 token RM2.00. Dah tentu la apa saja yang ada kat situ menarik perhatian budak berdua tu. Sudah puas bagi Irfan dan Anis main baru la boleh shopping dgn tenang.

Ni salah satu permainan dorang. Syok giler Irfan...

Tengok la gelagat hero dan heroin aku..

Gondola ni selamat untuk budak2 mcm saiz anak aku. Tak da la gayat sgt.

Sapa di sebelah hubby tu pun tak tau la aku..mcm mana boleh termasuk dlm gambar ni tak perasan pulak aku..














cadang nak naik 'wheel' kat belakang tu...tapi alamak sorang 3 token...












bermakna...1 token RM2.00...3 token RM6.00 x 4 orang = RM24.00. Baik tak payah..selamat duit..
Untuk anak2 aku sudah la...

Cewahh...merempitt si Irfan ni....besar nanti jgn jadi mat rempit sudah..


Kami borong cadar RM30.00...murahh..lagi geram tengok deretan baju2 berfesyen2...tak boleh tgk saja kena beli rugi tak beli...aku ambik sehelai je tu pun harga RM60.00. Murah berbanding di tempat biasa aku beli berpadanan dgn jenis kain dan patern...
Tak la banyak kami membeli apa yang patut saja...boleh la habuan setahun sekali pesta ni..tahun depan perabis lagi....
Sebelum pukul 11.00 kami dah siap meronda satu Tapak Pesta tu. Tadi pun masuk awal so keluar pun awal la sedangkan aku tengok ramai lagi orang bersesak-sesak kat dalam tu...yang kat luar tu pun masih ada yang nak masuk lagi....Kami balik dgn seribu urat2 kaki yang rasa mcm nak putus pun ada...jenuh berjalan mlm tu rasa mcm nak bersila atas jalan tar tu pun ada...hikkk...tahun depan datang lagi wehh...

Tuesday, December 22, 2009

JENGUK MAK MERTUA...

Hari Raya Haji kedua setelah tak ada aktiviti yang nak di buat aku ke rumah mak mertua. Actually rumah mak mertua aku dekat. Bila2 masa kalau tak ke mana2 kat sini la kami lepak...Kami lepas pada tu nak keluar jln2 time cuti2 raya ni...so dah on the way hubby ajak singgah dulu....

bawa Irfan jumpa tok dia..kat sini la tempat Irfan melepak time habis sesi tadika...maybe last tahun ni..aku nak hantar dia ke nursery pulak lepas ni....

mak mertua aku....sian mak mertua aku lepak sorang2 kat luar time kami sampai tu...



****************************

AKU KE SINGAPORE.....



Sampai jugak aku kat negara orang...Singapore aku jejaki pada 29 May 2009. Actually ini trip anjuran group Koperasi Pegawai Kerajaan Kulim. Setiap tahun aku pasti ikut trip ofis aku. Kali ni tempat yang dilawati adalah Singapore....Memang excited gila kali ni. Aku pergi dgn staf2 koperasi dan anggota koperasi. Terujanya...penuh 2 bas dengan kami...
Kami bertolak dari Kulim ke Johor Bahru dalam pukul 10.30 malam. Sampai Di Johor Bahru kami semua mandi di R&R sebelum bertolak terus ke Singapore melalui Tambak Johor. Pertama kali sampai ke Singapore membuatkan kami begitu excited. Tak sabar nak melihat negara orang.

Kami dah sampai do Kota Singapore....Kami dibawa melawat tempat2 mercu tanda Singapore. First sampai kami ke tempat shopping. Disebabkan matawang yang digunakan adalah bentuk dolar so aku tak ada la gila bershopping sgt...yang aku beli hanya lah souvenir buat orang2 tersayang bila pulang nanti...

Nama tempat ni Merlion Park...Tempat ni la mercu kemegahan orang Singapore...Tempat ni cuma untuk acara bergambar saja.

Mercu tanda Singapore...

Kami tak melepaskan peluang bergambar sepuasnya di tempat ni. Mungkin ini yang pertama dan terakhir sampai kat sini. Kalau ada rezeki lagi di lain kali boleh la bawa family pulak..

Kami di bawa ke Esplanade Park pula...Tak ada apa pun cuma just bergambar kat situ dan boleh la round sekitar sungai.

Ini satu lagi mercu tanda Singapore...Tengok je mercu ni dah tahu berada di Singapore
Selebihnya kami di bawa ke tempat2 yang boleh membeli belah apa yang perlu. Ada jugak terdapat barang2 yang murah dan berbaloi untuk dibawa pulang. Aku tak banyak membeli rasa rugi pulak..

Aku ke sini sekadar untuk melihat dan merasai pengalaman berada di negara jiran. Lagipun barang yang ada kat sini boleh didapati di Malaysia so buat apa membeli hanya sebab dah sampai kat sini. Kat Malaysia pun boleh beli kalau nak..


masing2 tengah touch-up dah seharian berpeluh. Muka pun dah naik berminyak....hehee


Kami berada di Pulau Sentosa untuk menyaksikan show 'Song Of The Sea'...Sebelum ni cuma pernah dengar je...rupa2nya punya la best show ni. Happening gila...para pelakon mempersembahkan secara live...memang the best show yang pernah aku tonton...

gempak betul malam tu...Show animasi terbaik secara live pulak tu. Show tu menggunakan api, air dan lampu yang berwarna warni sebagai elemen penting malam tu...memang best sapa datang sini tak tengok show ni memang rugi tau...


video
VIDEO SHOW MALAM TU....KALAU NAK TENGOK...

video

video
Kami terus bertolak keluar dari Singapore malam tu jugak sehabis tamat saja show tu menuju ke Johor Bahru untuk check in hotel...

Kami tidur semalaman di Johor Bahru. Memang meletihkan setelah bertolak keluar dari Singapore...Maklum malam tu dah check in hotel baru la boleh rest...

Kami singgah di Ayer Itam sebelum bertolak balik ke Kulim membawa pulang seribu kenangan manis yang tak terlupakan...Ada rezeki boleh lagi aku join trip tahun depan pulak...Insyaallah...
Berbanyak terima kasih buat pihak ofis yang menganjurkan annual trip ni becoz membuatkan aku dapat jugak menjejakkan kaki ke negara jiran ni...THANKS A LOT....WE'RE ENJOY AND HAPPY....
************************


Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy