Tuesday, February 23, 2010

AFTER AMBIK IRFAN DARI TICP AKU....

Petang Jumaat after ambik Irfan dari TICP aku dan hubby singgah makan Laksa di Tasik Kulim. Actually aku kerja hari tu so perut aku dah lapar
sgt rasa2 mcm nak pekena laksa je...Kami bertiga saja petang tu Anis tak ada sebab
dia dah aku transfer ke rumah mak aku pagi sebelum.
Maklum la cuti sekolah...

Aku dgn hubby ambik Irfan dalam pukul 5.15 petang..

Irfan tersengihhh....dia syok aku nak bawa dia singgah kat playgarden..



Actually kat sini la tempat aku sefamili lepak bila boring...tempat yang paling dekat pun. Sebelum balik rumah aku di Taman Mutiara Sg Kob
kena la beli dan belanja apa2 yang patut sebab kat kawasan rumah
aku tu mana ada tempat makan yang best.
Rasanya aku masak sendiri lagi best...












Tengok tu Irfan sibuk pulak dia bertalipon. Dgn kakak dia la tu..Sorang kat sana sorang kat sini..actually budak berdua ni ada je agenda dorang. Balik nanti berjumpa ada saja la aktiviti dan agenda depa mengalahkan kita..





























Selesai makan kami ronda2 playgarden. Irfan tak nak pulak dia main. Maybe malas sebab perut dah kenyang nak2 pulak sehari suntuk di TICP dah puas main agaknya.




Aku dgn hubby tak bercadang nak lepak lama2 kat situ sebab teringat pulak kat Anis dia cuma tinggal berdua dgn WAN nya...TOK dgn MAKSU
dia keluar sekejap. Aku nanti singgah kat rumah mak aku and maybe tunggu
sampai dorang balik. Actually esok malam MAKSU (adik aku) akan bertolak balik ke Kelantan setelah seminggu bercuti..

************************************
SEDIKIT CORAT CORET PETANG JUMAAT UNTUK TATAPAN AKU DI HARI2 YANG MENDATANG... JUGAK UNTUK PEMBACA2 YANG TERSINGGAH DI BLOG AKU NI..THANKS A LOT....

**************************



GONG XI FA CHAI DI GIANT...

Tahun Baru Cina hari yang ke-2 after balik dari Teluk Batik kami
lepak kat Giant selepas makan kenduri rumah member opis. Kami tak bercadang nak
ber shoping pun. Sekadar jalan2 cuci mata. Ikutkan nak masuk panggung
tapi tak ada cerita yang best nak tengok.
Boring la...

Singgah sekejap kat ole2 boling. Tak ramai sgt pun org yang main boling. Time cuti2 ni tak da la pula org. Mana la orang2 ni pegi time raya2 ni. Actually kami tak lama kat situ after aku shopping sikit brg aku di Guardian ada yang perlu beli. Tak banyak la belanja dalam RM25.00 je after that kami terus chow....









CORAT CORET GONG XI FA CHAI....
********************************************

********************



Thursday, February 18, 2010

SEPETANG DI TELUK BATIK... (14 FEBRUARI)


Hari Raya Cina baru2 ni aku, hubby dan anak2 aku berkelah di Teluk Batik. Sehari saja kami kat sana..tak bermalam pun. Seawal 10.00 pagi kami dah bertolak. Bukan main excited anak2 aku. Aku pun..Hubby bawa makan angin la katakan..

Macam biasa bekalan depa junkfood je..namanya nak berkelah tapi tak bawa apa2 makanan pun. Cuma nak relaks kat tepian pantai je..nak tgk tempat orang..

Hubby kena drive keta..aku?? tak ada la aku nak drive..malas aku lagipun dah hari2 aku bawa keta tu, time cuti jalan2 tak da nya aku nak drive aku nak jadi 'mem' besor aje..Hari tu aku jadi penunjuk arah entah la hubby aku ni dia memang tak tahu jalan atau pun dia buat2 tak tahu, aku tak pasti pulak...saja nak kenakan aku agaknya sebab aku beria sgt nak pegi..aku pun bagi tahu arah jalan cuma berdasarkan signboard tu je...biasa la bab2 baca signboard ni bagi kat aku la..aku terer sebab aku ni bukan jenis hafal jalan...semuanya pakai ikut signboard..heheee...

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3 jam mcm tu...ye la keluar rumah pukul 10.00 sampainya pukul 1.30 lebih campur tolak berhenti makan lagi...Tapi yang tak bestnya cuaca panas la sgt.
Kami dah sampai...Panas betul boleh demam anak2 aku ni..Aku keluarkan segala benda kegunaan kami nanti..tak lupa khemah tu yang paling penting. Ramai orang hari tu..nak cari parking pun susah agak aku sudah tentu lagi susah nak cari port..kat mana la kami nak tebar khemah kami ni..apapun tawakal...


Emm..belum pa2 lagi dah nak beli pelampung anak2 aku ni..wajib beli ni kalau tidak meraung kang..Irfan pilih pelampung itik harga RM10.00..mahal Irfan kata. Baru dia tau..Anis aku suruh pilih pelampung bulatan tu murah sikit RM5.00 aje..

Ini sebahagian orang yang sedang lepak2..Dalam dok cari2 port baik punya akhirnya...kat sini..kosong tgh2 tu mcm tau2 je..lepas la khemah kami nak dipasang kat situ. Terkial-kial aku dgn hubby nak memasang khemah maklum la jrg2 guna...apa la org2 ni dok sebok pandang2..tak penah tgk orng pasang khemah ke apa?? sebal betul aku...Akhirnya siap jugak terpasang khemah tu..alhamdullillah rasanya kalau tak da hubby pun aku boleh pasang sendiri la...dah khatam kali ni. Bukan susah sgt pun..cehh buat malu je..

Sebelah tu khemah kami tak sempat snap la pulak...Rupanya kerusi yang aku duduk lepak ni kena sewaa..haahaaa..ingat pakai ambik mcm tu saja. Satu kerusi RM2.00.. kami kena la sewa 2 kerusi..



Dah tak sabar2 Irfan dan Anis nak terjun laut. Hubby tak kasi lagi sebab masih panas lit2..aku pun takut nak berjemur memang sah2 gelap kulit balik nanti. Memang aku cuma jadi penunggu setia khemah..aku fobia panass...aku kan puteri lilinn..
Kami cuma beli makanan ringan saja...beli sate ikan RM6.00 20 cucuk jadik la..kenyang lagi tadi baru makan time on the way...pas tu pekena aiskrim murah meleleh leleh kena pulak baju aku alahai geramm..tensenn..

Alahai kenapa satu macam je aku rasa badan aku ni...tetiba seram sejuk..sah aku dah tak boleh go on..aku nak demamm..ohh tidakk..!!! pagi tadi elok lagi. Rasanya panas sgt...badan aku terkejutt..hahaa.. Aku suruh hubby temankan Irfan dan Anis berendam aku memang dah surender...aku berpeluhh tapi rasa seram sejukk...kenape ekk?? Nak seronok jadi tak seronok mengenangkan anak2 aku terpaksa la tahan sekejap...aku bukak pa yang boleh bukak..aku cuma baring je dlm khemah..pa nak buat nasib laa..

Sebab tu aku punya gambar Teluk Batik gini je...ni la last punya snap. Aku ajak hubby blah sebab anak2 aku dah puas berendam..ntah la puas ka dak...Kami cari tempat mandi kat motel sebab toilet kat pantai dah 'q'..tak sanggup la aku nak beratur. Rupanya org tak tahu toilet kat motel ni pun boleh guna walaupun tak menginap...Lepas mandi baru aku rasa fresh sikitt...time tu dah pukul 6.30 ptg..elok la kalau dah nak balik. Kereta berderet deret semua nak keluar balik..alahai jem pulakk..Aku ckp kat hubby tak payah keluar lagi, aku pun masih tak berapa okey...dah rasa nak demamm..tak sedap perut pun ada..
Percutian kali ni memang tak syok sebab diri aku sendiri...tak pa la janji anak2 aku happening.
Dekat pukul 7.30 lbh kami bertolak balik dan singgah di Lumut membeli apa2 yang patut. Apalagi yang ada kat situ kalau bukan hasil lautnya...sate ikan..keropok ikan..sotong kering..semua adaa..
Kami singgah makan di restoran tomyam ntah pa nama aku tak perasan sampai dekat sejam tunggu makanan....Tepat pukul 11.00 kami bertolak terus balik ke KULIM..sebelum singgah di R&R BUKIT MERAH berdua dgn hubby sebab anak2 aku dah terlena...Sampai rumah tepat pukul 2.00 pagi....emmmm..zzzzzzzzz
******************************************************














GAJI AKU SUSUT DENGAN BENDA2 ALAH NI...

Emm...setiap bulan dapat gaji tak penah nya ada lebihan. mana nak adanya..kalau tak kerana cik lipstik..cik bedak..cik FELISA..apa lagi...ha cik FRESHKON...berhabis aku dgn dorang ni. Tak habis2 menyental habih gaji penat lelah aku...memang tak patutt...tapi apa pun berbaloi kerja keras aku dgn adanya dorang nihh...tau kenapa?? Sebab dorang ni lah aku lawa....segak..dan comeiii....heheee perasan tak habih2...memang pon kalau tak kerana cik2 aku ni tak da la aku nak melawa maklum la tuan punya diri tak lawa mana...kena la touch up plus2 cikitt...Setiap bulan aku perlu peruntukan kurang2 RM200.00 untuk MAINTENANCE aku...ala baru RM200.00 tapi bagi aku yang bergaji kecik ni mau nya putih mata...tolak INSTALMENT keta lagi..huhuu duit makan memang tak cukup...tapi alhamdulillah aku ada SUGAR DADDY SPONSOR (hubby aku la tuu..)

Lip gloss ni baru aku beli yang lama dah betul rapat habih...tapi yang ini tak ada la tiap2 bulan kena beli paling kurang 2 3 bulan sekali...tapi brg lain la pulak menyusut..gilir2 la brg aku tu habis nak kena beli lain.. Lip gloss MAYBELINE harga RM12.90 dan Lip Ice tu harga 7.90. Nasib baik lipstik SILKYGIRL aku masih ada lagi rasanya bulan depan memang rapat...tu budget bulan depan pulak.

Yang ni produk FELISA aku..benda ni la yang menempek kat muka aku selama ni...dah bertahun tahun aku setia dgn FELISA..kulit aku sensitif dgn produk lain. Aku dah cuba mcm2 produk yang gah kat pasaran tapi kesudahannya aku berbalik pada FELISA..Setiap brg tu boleh la tahan 2-3 bulan mcm tu tapi tak tentu jugak kerap pakai cepat la habisnya...
Tak tahan jugak nak maintain brg2 ni mana tidaknya...CLEANSING FOAM RM34.00...SF LOTION RM 45.00..GP NIGHT CREAM RM 70.00...lagi A FOUNDATION RM 30.00..
Fuhh..mana tahan tu belum lagi produk dalaman yang SECRET2 tak boleh nak post kat sini...sssyyyyyy....
Barang make-up aku cuma yang itu aje. Tak ada over2...Compact Powder pun aku tak ada. Pernah try pakai tapi tak sesuai la dgn aku...aku cuma pakai SENDAYU TINGGI FACE CERAM sebagai alas bedak. Actually kulit aku ni jenis oily..kalau rasa berminyak sgt aku cuma touch-up dgn BEDAK RAWATAN REENA'S COSMETIC tu pun jarang2.




Perfume DHIA aku...

Hair Serum yang aku baru beli bulan ni...2 botol RM28.00. Aku beli di The Cut Marketing Taman Selasih. Rambut nak kena jaga jugak kan?? Ni sekali aku beli 2 botol ni tahan la 3-4 bulan..

Yang ni pun dalam budget aku bulan ni...OPTICARE SOLUTION.... CONTACT LENS cleanser aku. Tapi kali ni murah pulak semua tu harga RM16.00. Actually hubby aku tolong belikan. Normally aku beli brand lain sebotol pun RM16.00 ni mcm mana hubby aku dapat harga tu maybe yang biasa punya agaknya ntah aku pun confuse..aku rasa sama je cleanser tu dgn yang sebelum ni tak ada beza pun.

*********************************************

ACTUALLY AKU CUMA NAK SHARE STORY AKU KAT SINI AT LEAST DAPAT LA JUGAK MENAMBAHKAN ENTRY DI BLOG AKU YAMG MASIH ANAK DARA SUNTI....WHATEVER THANKS FOR MY READERS....

***************************

Wednesday, February 17, 2010

SABTU YANG BORING...

Sabtu yang teramat lah boring..disebabkan cuaca yang panas kami cuma lepak2 kat rumah. Plan petang sikit baru nak keluar tu pun pegi rumah mak je..disebabkan nak entry jugak blog nak membanyakkan catatan aku entry yang ni dah okey...sebagai blogger kena la sensitif dgn hal2 sekeliling aku. Apa saja yang terlintas di kepala itu la yang akan aku catatkan..kecuali lah hal2 yang betul2 peribadi dan sulit saja takkan aku luahkan di sini..itu semua tercatat sendiri dalam diari hati ini..

Sebelum keluar rumah aku pose untuk upload dlm blog bersama catatan aku..tak da gambar tak best la kan?? boring pulakk..



Begini lah aku semenjak berjinak jinak dgn dunia blog ni...life seiring dgn blog. Tapi aku masih belajar tapi kat mana ekk aku nak belajar dgn lebih dlm lagi perihal blog2 ni..rasa banyak lagi benda yang aku tak tahu. Sapa2 yang terer please ajar aku, aku nak berguru dgn pakar blog...Mula2 start ni pun aku belajar sendiri sambil2 belajar kat Youtube...itu pun tak ada la membantu aku sgt. Aku masih budak baru belajarr...huhuhuuu...

Sebelum pegi umah mak hubby bawa Irfan dan Anis gunting rambut. Rambut depa dah panjang. Irfan dan mcm pempuan..Giliran Anis potong dulu..lepas tu baru Irfan.

Hair Saloon ni bukan yang biasa kami pegi..so memang tak puas hati dia punya guntingan. Biasa kami pegi Hair Saloon lain tapi maklumlah esok raya cina petang ni dah tentu tutup depa nak makan besor.Tak apa la janji gunting jugak..

Kami pekena laksa di Karangan. Hubby yang cari kedai laksa jugak. Warung2 lain semua tutup kalau tak dpt petang tu memang frust la aku dibuatnya...Dah 2 3 hari teringin nak makan laksa. Akhirnya....ada la jugak. Laksa kampung harga RM1.50 sebungkus. Kami order 3 pinggan...lagi 3 aku minta bungkuskan dgn ABC sekali. Puas la petang tu dpt makan laksa dgn ABC.


*********************************************
CUKUP LAH ENTRY UNTUK HARI NI...AKU DAH TAK DA IDEA...BECOZ MOODY SIKITT. TU PUN GAGAH JUGAK NAK ENTRY SEMATA2 TAK NAK KETINGGALAN CATATAN AKU PASAL PETANG TU...


*************************
Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy