Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Salam Isnin. Hari minggu yang sangat busy. Hari Sabtu keluar jam 8 pagi, balik semula ke rumah jam 11 malam. Ahad pula memenuhi jemputan kenduri dan pergi celebrate annivesary perkahwinan kami yang ke 7 tahun. Alhamdulillah..
Jumaat malam yang lepas, keluarga mertua saya datang. Buka saja pintu semerbak bau cempedak. Ya Allah, wanginya. Dalam fikiran, nak kerjakan cempedak ni buat cempedak goreng. Dah lama teringin tapi malas nak beli sebab harga cempedak goreng mahal sangat kat area sini. Tak puas makan kalau beli.
Jadi, Ahad pagi saya bancuh tepung untuk goreng cempedak. Buahnya besar-besar sungguh. Puas la hati makan sebab sebiji besar tu kami berempat je yang kerjakan (keluarga mertua balik Sabtu petang).
Tak sampai sejam lepas tu, mata mula berpinar. Kepala mula berdenyut. Sendawa tak henti-henti. Saya mula rasa itu akibat penangan cempedak. Sebelum ini ok saja, tak pernah pulak alah pada cempedak. Mungkin kerana saya makan terlalu banyak menyebabkan perut pun jadi sebu. Nasib suami tidak outstation, jadi saya mintak dia pictkan kepala.
Tapi, jemputan kenduri kena pergi juga sebab merupakan jemputan kawasan kejiranan. Itu pun, lewat sangat dah pergi Semua gara-gara saya tidur tak boleh bukak mata lepas balik dari celebrate annivesary.
Dan, kalau nak tahu, sehingga hari ni sebu perut masih terasa. Masa menulis ni, saya baru saja menelan sesudu Vivix sebab saya rasa badan saya letih sangat. Alhamdulillah, ada sedikit tenaga nak menulis. Kalau tak, memang melepek je kat sofa.Hihi..
Masa cek stok vitamin tadi, saya terpandang botol Peppermint Ginger Plus. Ya Allah..mula salahkan diri sendiri kenapa saya lupa nak ambil vitamin Peppermint. Dua hari menahan sebu perut tak tahu nak buat apa sebabnya saya jarang alah pada sebarang makanan. Itu yang tak ingat perisai kepada makanan berangin rupanya ada di rumah.
Peppermint Ginger Plus Shaklee dihasilkan daripada gabungan halia, cekur manis, daun pudina dan daun adas. Jom tengok sket apa fungsi Peppermint Ginger Plus
- melegakan otot perut
- berfungsi sebagai penenang kepada perut sebu
- membantu masalah penghadaman
- mengurangkan masalah mabuk laut/darat
- melegakan ketidakselesaan perut akibat salah makan
- menghalang muntah selepas pembedahan
- melegakan sakit perut dan gejala flu
- melegakan masalah pencernaan
- memberikan peredaran tenaga kepada badan dalam badan dan perut.
- menghilangkan masalah kembung perut
Alhamdulillah, selepas pengambilan Peppermint Ginger Plus, perut yang sebu ni beransur-ansur kurang. Kerja rumah pun dah boleh buat seperti biasa. Takde dah nak mepelek-lepek kat sofa je seperti semalam dan awal pagi tadi.
Bagi anda yang memang mudah alah dengan makanan berangin, Peppermint Ginger Plus memang wajib ada sebagai perisai masalah angin dalam badan. Angin ni bukan sahaja buatkan kita tidak selesa, malahan tiada mood dan letih nak buat sebarang kerja. Jadi, memang wajiblah pesan sebotol untuk diri anda.
Cara makan Peppermint Ginger Plus anda boleh baca di SINI
Testimoni Peppermint Ginger Plus
Bagi anda yang nak cuba Peppermint Ginger Plus, anda boleh hubungi saya Fiza Wassupp 0195021698
4 comments:
mcmana rasa supplement ni? berangin ke?
supreme clothing
air max 97
curry 4 shoes
cheap jordans
nike basketball shoes
yeezys
jordan sneakers
golden goose sneakers
yeezy shoes
birkin bag
useful content browse around these guys website link check look at this website visit this page
official site q2q34v4g75 best replica bags online 7a replica bags meaning u4w13i8e28 replica nappy bags go right here h1k79h8j03 replica bags forum More about the author p8t37h7i36 good quality replica bags replica bags australia
Post a Comment
~ berBuNga aTi iNi sekiYe nYa u oLz suDi tinggaLkan koMen di siNi...LaLaLaa...