Friday, October 10, 2014

RESEPI ESP YANG LAZAT DAN BERKHASIAT







Assalamualaikum
Salam sejahtera


Perkongsian menarik mengenai cara bancuhan ESP yang mantap!
Saya share dari artikel blog  mauceriasokmo.blogspot.com


Anda dah cuba resepi ESP ala saya?
Dah lama nak kongsi resepi-resepi bancuhan ESP ni.. tak susah pun nak minum ESP ni..cara paling mudah, cuma tambahkan air kosong jer dan ESP 2-3 sudu..terus boleh diminum. Tapi macam saya ni..bukannya penggemar soya sangat..so, memang ada jer campur lain2 perasa jugak untuk kurangkan rasa soya..apapun..dah bercanister saya minum ESP..tetap saya suka bancuhan ni.. Boleh cuba ni yer..mudah jer pun..terpulang pada citarasa masing-masing.
        
2 scoops ESP+ Sunquick Mandarin/Mango
RESEPI 1:
ESP Sunquick
  1. Masukkan 2 scoops ESP ke dalam shaker
  2. Tambahkan air kosong 300ml ke dalam shaker
  3. Masukkan sesudu makan sunquick Mandarin atau sunquick Mango ke dalam bancuhan
  4. Jika anda sukakan ESP sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan ESP
  5. Goncang dalam shaker sampai  berbuih macam dalam gambar ni..


RESEPI 2:
ESP Twister

  1. Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam shaker. Tak perlukan banyak ESP..sebab Twister dah kuat manisnya.
  2. Tambahkan air kosong 150ml ke dalam shaker
  3. Masukkan 150ml jus Orange Twister ke dalam bancuhan. Jika anda suka Twister yang manis, boleh lebihkan jus Orange Twister.
  4. Jika anda sukakan ESP Orange Twister sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  5. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Yumm..


RESEPI 3:
ESP Soya Plus

  1. Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam shaker. 
  2. Tambahkan air kosong 100ml ke dalam shaker
  3. Masukkan 150ml air soya kotak atau sebaiknya air soya asli ke dalam bancuhan. Jika anda suka yang manis, boleh lebihkan soya tersebut.
  4. Jika anda sukakan ESP soya sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  5. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Yumm..

RESEPI 4:
ESP Sunquick+Kurma
(Sesuai untuk berbuka puasa)

Sangat sesuai untuk menu berbuka puasa. Abaikan nasi kerabu dan kuih yang nampak sedap tu. hehe..
  1. Sediakan air kosong 250ml dalam shaker dan tambah sesudu sunquick atau kordial yang anda suka
  2. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya serta koyak-koyakkan isinya ke dalam shaker
  3. Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam bancuhan. Goncangkan.
  4. Jika anda sukakan ESP sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  5. Goncang dalam shaker dan biarkan seketika agar isi kurma lembut sebelum diminum..
  6. Isi kurma memberi tekstur semasa diminum. Juga boleh di kisar bersama  untuk tekstur yang lebih halus dan mudah diminum
*Menambah kurma atau kismis juga membantu memberi tenaga segera sewaktu berbuka puasa.



RESEPI 5:
ESP Bandung
  1. Sediakan air kosong 200ml ke dalam shaker dan masukkan 3 scoop ESP ke dalam shaker. Jika anda menggunakan sirap sedia manis atau sirap kordial, 2 scoops memadai
  2. Masukkan setengah sudu kecil sirap atau sedikit sahaja ibu sirap ke dalam bancuhan tadi
  3. Tambahkan beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  4. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Yumm..

RESEPI 6:
ESP Milkshake


  1. Tuangkan 200ml susu ke dalam shaker
  2. Tambahkan 2 scoops ESP ke dalam susu
  3. Goncangkan. Jika anda suka susu bermadu, boleh tambah sedikit madu lebah asli ke dalam susu dan ESP tadi. Boleh juga menggunakan susu segar berperisa. tetapi memadai dengan 1 scoop ESP kerana susu berperisa sudah sedia manis.
  4. Boleh diminum suam atau tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan jika anda suka milkshake sejuk
  5. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Yumm..

RESEPI 7:
ESP Milo

  1. Sediakan air suam kosong 200ml ke dalam shaker
  2. Masukkan 3 sudu milo ke dalam air suam-suam panas tadi
  3. Biarkan seketika dan masukkan 2 sudu ESP ke dalam milo suam tadi
  4. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Boleh ditambah ais jika anda mahu

RESEPI 8:
ESP+Mealshakes+Perfomance Drink


  1. Sediakan air kosong 250ml. 
  2. Tambahkan sesudu mealshakes dan sesudu perfomance drink ke dalam bancuhan air. Goncang dalam shaker.
  3. Jika anda sukakan ESP sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  4. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum.

RESEPI 9:
ESP Smoothies



  1. Sediakan 1 gelas air masak atau air sejuk dan tuang ke dalam blender
  2. Masukkan satu scoop ESP Shaklee
  3. Potong 1 biji pisang, 3-4 strawberry, atau raspberry
  4. Blend kesemuanya dalam blender
  5. Setelah selesai, boleh tambah 1 scoop vanila ice cream

*Smoothies ESP sangat sesuai sebagai menu sihat yang mengenyangkan dan untuk detoks juga kerana kaya dengan fiber asli dari buah-buahan. Boleh juga digunakan buah kiwi untuk menggantikan strawberry 

RESEPI 10:
ESP Yogurt Bliss

  1. Tuangkan 200ml yogurt Bliss sebarang perisa
  2. Masukkan 1-2 scoop ESP Shaklee, dan tambah sedikit sahaja air jika anda rasa terlalu pekat
  3. Tambahkan ais, dan goncang dalam shaker.
  4. Sedia untuk diminum.


 Nak lagi resepi???

Boleh cuba mana yang belum anda cuba seperti di bawah ni..

20 resepi bancuhan Shaklee ESP!!


PENTING!!

Jangan mencampurkan ESP dengan air panas, minuman bercafein, berkarbonat dan seeloknya jangan tambah krimer bukan tenusu dan gula ke dalam bancuhan ESP anda untuk mengekalkan khasiat minuman ESP ini..



Berminat untuk dapat kan ESP boleh hubungi saya pengedar Shaklee yang sah

Fiza SID 1052213
WhatsApp 0195021698
Facebook FIRDZALUV FAREEDA
Page PAKAR CANTIK DAN KURUS


0 comments:

Post a Comment

~ berBuNga aTi iNi sekiYe nYa u oLz suDi tinggaLkan koMen di siNi...LaLaLaa...

 
Designed by Whitey Mommy