Salam...
Hehee...berikutan dari entry semalam sal period...ye lah if bf mmg tak tentu kitaran period kan...tapi aku dah amik langkah berjaga-jaga kan...makna nya terpaksa test setiap bulan untuk kepastian sebab ramai gak bf mommy yang tak datang2 period selama setahun pun ado...makna nya preggy 9bln + bf 12 bulan...wowoo lama woo cik period tak menjengah...tapi baik gak gitu...sekurangnya production susu tak terganggu di sebab kan cik 'P' ni kan heheee....
Tak dapat di bayang kan if 'terlekat' lagi sekali nak2 selepas dah c-zer 3 kali ni...sepatut nya dah 'ikat' haitu...ohhooo sgt2 berisiko...if nak sgt pun tambah sorang lagi sekurang nya paling awal pun 2-3 tahun selepas wooo...sape nak jawab kalo terhado...? uishhh sgt2 menakutkan..!
sudah...sudah...takmo2 mikir...meh nak share 1 benda kat sini....
Nak share something dengan mommies di luar sana... kekadang confuse dengan power pumping.. so up sket pasal power pumping... Sama2lah kita share..
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Momies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki.
Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.
Barakallah...
pc ku menjadi saksi nya...wink ;-)
tiada ku jemu setiap hari menanti saat begini utk di bawa pulang... ;-)
"Sharing is caring...semoga usaha kita semua di permudah kan...perlu ingat bahwa tiada berkurang pun kasih sayang seorang ibu di dunia ini walau hanya di susu kan dengan FM..."