Showing posts with label tgk wayang. Show all posts
Showing posts with label tgk wayang. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

kami dah tgk Tranformers 3D...

Salam....

Bukan selalu dapat tgk wayang...sekali sekala layan wayang dgn family mmg happening...kejadian berlaku pada hari Israk Mikraj haritu di Big Cinema Giant...plan hanya la nak cari blouse utk ku...tapi dah huby beria kali ni nak tgk wayang..kalo tak payah jgk nak di ajak...pujuk rayu pun tak jalan kadang tu hehee...

Yang menarik aku nak layan citer ni di sebab kan ada 3D...tu yang layan habis tuu...memang suka sgt la kalau 3D movie ni...ku suka movie yang nampak real gitu...tak boringg...! tapi tiket mahal sikit la berbanding movie biasa kan...




nasib kami baik...tinjau punya tinjau mmg ada tayangan 3D setengah jam lepas beli tiket so takyah lama menunggu kan...ramai jgk la yang berbaris beli tiket...


seb baek terbawak jgk kamera kompak...dapat la jgk snap2...hihi


Irfan dan Anis bila disebut je nak tgk wayang mmg hepy la...Irfan ok je di ajak tgk Tranformers...tapi si kakak pulak ngegada nak tgk movie hantu Rasuk pulak...mmg ngada betoi dia...tak layann..!


kami kat dalam panggung...masing2 standby dgn spek 3D masing2...hehee happeningg! tapi spek tu sgt longgar dan kurang selesa utk budak2...tapi paksa jgk Irfan dan kakak pakai sebab mmg blur jadi nya gambar tu if tak pakai spek...tapi budak2 apa tahu kan gambar blur ke tak...janji nampak sudah..

Puas hati la la dgn jalan citer nya...robot gah berlawan sesama sendiri terasa mcm nak pecah panggung pun ada...maklum arr penangan spek 3D!....at last mmg best ending dia...caya lah!




Sunday, January 16, 2011

'NGANGKUNG' di Astro First....




Salam...

Sebetul nya belum tgk lagi filem NGANGKUNG nie...nak tgk di pawagam...malass...at last kami berpeluang tgk filem nie di Astro First 'Kini di Pawagam, Dan di Rumah Anda'...hebat kan Astro sekarang mengada kan chanel yg baru ni...buleh je tgk filem yg di tayang kan di Pawagam di umah seniri kan...sekali nak pilih filem tu dikena kan caj RM15.00 utk 48 jam tayangan..so akan di ulang tayang sehingga 48 jam ok...buat masa nie filem yg sedang di tayang kan di Astro First adalah...'Ngangkung'...'Aku Masih Dara' dan 'Damping Malam'...ingat ari nie nk tgk 'Aku Masih Dara' la...nampak nya berganda la caj bil astro aku next month...hehe..




'NGANGKUNG'



Barisan pelakon Filem Ngangkung ialah Shaheizy Sam sebagai Azim (Pelakon Utama) Azad Jazmin, Angah Raja Lawak, Putri Mardiana, Eira Syazira, Mazlan Pet-Pet, Azlee Jaafar, Hamdan Ramli dan ramai lagi.
Sinopsis Filem Ngangkung
‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.
Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya.
Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.
Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli.
Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka?
Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”. Sebuah lagi filem komedi seram terbitan Metrowealth (MIG).


nota : ok skrg...takda alasan malas ke pawagam kan...ada di Asto First...'nak tgk...tekan aje..!'


Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy