Tuesday, January 26, 2010

IRFAN BELAJAR MEMBACA.....



Ni pasal anak bongsu kecayangan aku ni....Irfan....yang baru merangkak2 bertatih nak mengenal perkataan..perkataan tu dah ok tapi bab nak membaca lancar tu yang jadik masalah ni...la ni aku jadi teacher tak bergaji....tak pa tak da gaji pun janji anak aku pandai...kan???




















Irfan anak bongsu aku sekarang dah masuk 6 tahun dan kini masuk tahun kedua kat Tadika Inggeris Ceria Pintar (TICP)...tahun depan masuk sekolah dah....so sekarang ni aku pulun ajar Irfan membaca & reading...sebab ikutkan dah patut lancar membacanya sebab dah setahun kat TICP tapi tu la yang merisaukan aku sesangat ni..dah la susah nak ditegur...tak boleh aku nak marah langsung....merajuk terus tak nak buat apa dah...kalau tengah buat homework aku marah sikit alamatnya aku atau abah dia la yang buatkan homework dia last2...huhuu..Tapi yang bagus sikit la sekarang ni Irfan dah mula dengar cakap aku supaya belajar membaca dengan lancar sebab nanti kan nak masuk sekolah dengan kakak....kalau tak boleh membaca tak boleh masuk sekolah...dengar macam tu je baru ada semangat sikit...
Sekarang ni tiap2 malam wajib aku jadi teacher pulakk...walau sekejap ajarnya...janji tiap2 hari mesti reading...alhamdulillah dah nampak sikit perkembangan dah tak malas2 mcm tahun lepas...aku pun tak da la sakit jiwa..





















Tekun dan Usaha tangga kejayaan...akan ku pastikan sebelum masuk sekolah lewat hujung tahun ni Irfan akan lancar bacaannya dalam bahasa melayu dan bahasa Inggeris...



















Bacaan bahasa Inggeris di TICP dimulakan dengan Story Book 'PETER AND JANE'....yang ni Irfan cepat catch up dari Buku BACALAH ANAKKU...tapi masih dalam hafalan tak betui2 kenal words lagi...tapi membanggakan jugakla dia punya prestasi...



















"belajar dengan tekun ye sayang....dah pandai nanti nak apa pun mama belikan...janji kena belajar pandai2..bukan setakat membaca tapi keseluruhan dalam pelajaran Irfan nanti..."






gaya kena ada...

ni buku BACALAH ANAKKU...baru masuk buku 2...tapi dah boleh dah tu..




aku pun kena betul2 jadi teacher...baru Irfan cepat 'catch up'...dah pesan awai2 tak boleh nak merajuk kalau aku marah kena diammm je....nak merajuk pun tahan dulu...simpan jap dlm hati sebab tengah belajar...ehemm dengar cakap gak dia tu...



















ok ini la buku2 yang Irfan tengah pulun setakat ni...dah bole yang ni baru boleh tukar buku seterusnya...go..go...Irfan...




















beg BEN10 nya...teacher siap tulis nama lagi...takut tertukar agaknya..budak2 bukan boleh harap sgt...




Buku BACALAH ANAKKU 8 series termasuk CD...memang wajib ada untuk bacaan di tadika(TICP). Dah setahun berlalu masih buku siri ke 2...betapa tahun lepas dia buat perangai tak nak membaca...ajar sikit...merajuk..merajuk...nasib la alhamdulillah tahun ni perangai tu dah berubah sikit...
Kakak dia dulu setahun dah habis 8 siri tu siap dah ke bacaan BUKU CERITA...anak perempuan mana nak sama dgn anak lelaki kan??....



















Bacaan bahasa Inggeris wajib ada Story Book PETER AND JANE ni...Setakat ni Irfan baru boleh buku 3a....
Tetapi MY DAUGHTER VS MY SON....my daughter dulu lagi cepat bolehnye....pretasinya di tadika yang sama memang mengujakan aku...





WHATEVER HARAPAN AKU SEMOGA ANAK2 AKU MENJADI INSAN YANG BERJAYA DUNIA AKHIRAT.....SEMOGA SEGALANYA BERMULA DAN BERAKHIR DENGAN KEJAYAAN....AMINN....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy