Sunday, November 22, 2009

MANDI AIR PANAS ULU LEGONG

Aku sefamili mandi air panas di ULU LEGONG, BALING.
Aku pun dah lama tak ke sana kali terakhir time aku
masih belum kahwin..aku cuma
bawa mak, ayah dan adik aku je...maklum lah baru
dapat lesen dan kereta
time tu apalagi excited sgt nak drive sanggup aku bawa kereta sampai ULU LEGONG
walaupun baru P holder...
Sekarang dah kawen anak pun dah 2 baru dapat pergi pulak...
Kami bawa bekalan makanan apa yang patut untuk mengisi perut kami time
tgh malam nanti...kami tidur dalam khemah malam tu walaupun
terpaksa bersesak sebab khemah tu muat 4 orang tapi
tetap selesa..dah mengantuk tak
sedar dahhh..
Aku mulanya nak celupkan kaki pun tak lepas...panass...
walaupun di kolam yang paling kurang panas. Tapi dah lama dok main2kan kaki
dalam air panas tu..emm baru la dapat rendamkan kaki.
Anak2 aku pun tahan panas..Irfan excited sgt dpt rendam satu badan
sampai hampir2 nak tenggelam...nasib baik
aku tertengok dalam ramai2 tu dah la cahaya pun malap2. Kuss semangat aku...
nasib aku tak leka...
wajah2 baru bangun tidur pagi tu...
Kami mandi di toilet berdekatan dgn kemah kami..nasib dapat port ni...
Puas jugak dpt tidur semalaman walaupun sekejap2 terjaga sebab kurang
selesa...
tok dan cucu....

sebelum balik aku sempat tengok keadaan kolam panas time pagi2 mcm ni.
walaupun masih awal pagi tapi dah berasap aku tengok...
tak mcm malam tadi..aku rasa air dgn tangan..memang panas betul...
di dasar kolam aku nampak air tu menggelegak...
ajaib nya kuasa tuhan...



cantik taman di belakang kolam air panas..dulu tak taman ni siap
ada chalet kat atas bukit tempat kami pasang khemah.
Aku sempat la pose walaupun dgn wajah baru bangun tidur dan mandi ala kadar je..

memang best..dpt bermalam di situ. Sekali sekala berkhemah...


***********************************
AKTIVITI YANG MENJADI KENANGAN KAMI SEKELUARGA INI AKU
CATATKAN DI SINI SUPAYA ANAK2 AKU NANTI
TAHU DAN MENGINGATI SAAT2 MANIS NI SEHINGGA MEREKA
DEWASA KELAK...TIME TU
AKU PUN DAH TUAA..HAAA

***********************




KENANGAN AIDILFITRI...

*******************************
**AIDILFITRI 2008**

Aidilfitri yang dah basi....ni antara kenangan raya 2008. Aku just refresh kenangan aidilfitri 2008 punye...maklum la baru nak start berblog. Entry saja apa yang ada dan terlintas di ingatan. Biasa la bila tiba 1 Syawal happening la becoz segala rasa dahaga dan lapar sudah berakhir dgn segala macam ganjaran pahala sepanjang bulan Ramadan tu...mestila..umat islam berjaya menempuh dugaan sepanjang bulan puasa so..time ni la nak enjoy2..happy2....

Aku bersama Anis berpakaian warna sedondon...biasala pagi2 raya lepas makan ketupat and then acara bergambar....

sesi bersalaman dan bermaafan bermula.....banyak buat salah Anis ni..kuat melawan..

happy aku kan??

dgn hubby

anak2 aku la yang paling happy masing2 dpt collect duit raya....

bergambar di Aidilfitri kat rumah mak aku...

wajah2 keletihan anak2 aku selepas puas keliling taman perumahan...letih pun berbaloi dapat collect duit raya...

aku bersama adik aku...dia balik cuti raya..

Ramai2 ni kat rumah mak mertua....biasala family sebelah hubby ramai...sekali berkumpul penuh satu rumah...boleh tengok pelbagai karenah time ni.

ni baru separuh anak2 saudara sebelah hubby...ada lagi yang tak join group ni...

ni raya hari ke-2...

tukar persalinan raya ke-2...cewahh....

cuma lepak kat rumah mak aku...tak plan nak ke mana just tunggu sedara berkunkung ke rumah.

raya ke-2 Irfan tak berapa sihat...nak demam becoz berjemur sakan semalam tu collect duit raya. Tengokla muka demam....sian Irfan..

Tapi maintain ok...

posing2 lagi..

Aku bersama hubby on the way ke rumah mak mertua...walau raya pertama dah pergi tapi raya ke-2 still kena jenguk2 jugak..biasala jarak dekat. 10 kali ulang alik pun tak ada masalah...hehee..
**************************


FAMILY DAY...( 21 MAC 2008 )

Entry aku kali ni pasal Family Day yang lepas. Destinasi kami adalah di Damai Laut Swiss Inn. Cantik resort tu. Actually aku join group ofis hubby ABDUL HALIM SAID & CO. Lebih kurang ada 6 family yang terlibat. Kami menginap di apartment 2 bilik siap ada hall & kitchen. Happening time tu...Penginapan dan belanja perjalanan ditanggung pihak ofis. Itu yang membuatkan kami teruja dan tak sabar2...

aku di bilik utama apartment tersebut. Tapi resort ni memang betul2 dalam kawasan hutan. Resort ni terletak jauh ke dalam. Selepas simpang jalan besar nak ke sini punyala jauh dan keadaan jalan pun tak memuaskan. Kalau dah masuk kat resort ni nak keluar pulak malamnya baik tak payah. So..kami sediakan apa yang patut untuk makan malam.
Dalam perjalanan kami sebelum sampai ke sini kami dah borong ikan segar yang banyak di jual di tepi jalan. Malam tu kami berbarbeque.....best..
environment kat sini best...sejuk dan sunyi dari kesibukan kota. Mood nak relaks membuatkan aku rasa malas nak keluar jln2 kat luar. Kalau boleh aku nak lepak dulu di bilik sebab time ni la dapat rileks sepuas2 nya...

Kat sini la tempat kami berbarbeque semalam...

Irfan yang paling seronok sebab dapat berendam dalam pool yang letaknya berhadapan dgn bilik kami sahaja...

sementara menunggu anak2 aku berendam aku lepak kat sini dulu..

Irfan lepas puas berendam. Sampai pucat kesejukan...Puas main air lapar la pulak. Irfan makan roti yang aku bekalkan dari rumah..

aku keluar jln2 di luar....

wajah2 anak aku yang keletihan...kesian...keletihan main tak ada masalah. Sekali sekala...

aku di balkoni bilik aku...

Esoknya kami ada acara main2 di pantai. Just untuk kanak2 la..bagi dorang happy sikit dapat hadiah...acara untuk parents pun ada diselang selikan jugak.

Seronoknya Irfan dapat hadiah...dia pulun betul time acara tadi...kelakar aku tengok...dia masuk acara isi air dlm botol.

Kakak pun tak kurang hebat...masing2 dapat habuan.

peace.....aman dan damai melihat laut terbentang luas...

tgk gelagat Irfan buat hati aku bahagia sebab dapat happy kan dia...boleh main air di swimming pool dan laut...

Kami berposing selepas acara bina ISTANA PASIR...wow best giler...setiap group pulun bina istana pasir dgn style tersendiri..

Selepas balik dari pantai berendam pulak...Just lalu je kat pool tu memang anak2 aku ni excited nak mandi. Hubby pun turun sekali, aku just main2 air.

Aku...cuma lepak dan tengok...Bagi dorang je la berendam. Kira malam tu adalah malam terakhir untuk group kami. Esoknya kami bertolak balik ke KULIM membawa pulang seribu kenangan manis buat kami yang terlibat....Berbanyak terima kasih pada pihak company sebab merancang aktiviti sebegini. Mungkin di lain masa akan ada lagi plan sebegini...kita boleh enjoy2 lagi....
*********************************
********************
Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy