Tuesday, January 31, 2012

photoshoot...






Salam...



Kembali berphotoshoot...lama jugak kan tak berposing posing sejak lepas bersalin dan berpantang...satu...masa tak mengizin kan...kedua firas kurang gemar berjalan jalan...apalagi nak berphotoshoot...cuma sejak beralih bulan ni je firas nampak ok sikit dari sebelum ni...takde la meragam sangat...

On the way kitorang nak gi window shoping masa cuti CNY aritu...request huby suh singgah Taman Hi-Tech...mengidam pulak si mama ni nak berposing bergedik gedik...hehee

Layan pic dengan si montel 3 bulan  tu...check up baru ni berat dah 6.3kg tu...kembang dan berbunga bunga hati ni melihat progress anak...sihat membesar dengan susu ibu sahaja...








stim je mata firas... :-)

suka plk tengok muka irfan gitu...
dah lama kan tak citer pasal irfan...lagipun irfan dah low profile skang...hehe
asal di ajak begambar je jenuh lerr mama ni terjerit jerit macam tarzan..!

mama lelebeyy..!


hahaa...dia dah mula daahh..!

anak dara nan sorang...merangkap babysitter ku jugak...
di tangan tak penah lepas dengan kain napkin adik...hehe!

anak teruna yang ini dah jadi abang tapi belum sesuai di mahkota kan sebagai abang...
rasa nya makin manja dan melampau ada lerr..
ayun..ayun...terlepas kangg...!

si bambam tu dah mula rimass...!


oouchh....kena lambung sesaja...

suka pic ni..



walau exclusive BF...tetap menten anggun ngeee...
sekali anak nangeh terus selak baju...for direct feeding...
weekend adalah hari tanpa botol..heheee!

anak abah...ramai yang cakap iras2 huby...ye lah tuu...





hehee...dah lama tak posing secara solo...ehehh


eeeyyy...kecik2 dah pandai buat muka...



hadoi...makin tembam kan...hari2 kena cubit dak kecik ni..sebab geramm...hehee

tak dapat jugak masuk berlima...tripod non hado...

ala..laa..laaa!



Banyak kan piccas...tepek suma yang ada..!
Daa...!


Friday, January 27, 2012

Blossom Farm firas...







Salam...


Punya lah excited semalam bila parcel yang di tunggu2 dah selamat sampai...bila dah dapat tu tak menyabar pulak nak bukak tengok isi nya..hehee...sekarang tengah meroyan soping online...mana je bekenan di mata ni harus rembat...terutama barang dak kecik tu..hee suka..!


Okeh dah selamat pasang dan selamat di guna pakai si dak kecik tu...anak takpe2..mama nya terlebih teruja...ekekekk!









best tak..best tak...heheee! 
'Blossom Farm' nama nya...

si kecik itu sudah merasmi kan semalam....

wahhh..seronok je die bila di letak kat situ...lalaa!

uuhh...ekkk...apa pun tidak bila berada kat dalam tu...suka ye hadiah mama ni...heee

yeayyy...saya suka...saya suka..! ima aceh mama...

macam biasa la si mama snap bertalu talu bila dah anak selamba rileks je melepak...

moga firas jangan meraung2 lagi ye...sedap ooo dok atas ni...sekali mama pun rasa nak duduk kwang kwangg....ngeee...



pagi ni abah cuti drive kan utk mama...dapat la riba kan firas on the way nak pi umah tok...
sekali pakai kan stripe hand kat tgn firas pagi ni free gift pembelian blossom farm ni...

Kepada yang berminat boleh dapat kan dari kawan blogger kita jugak ni...cik etiey
sure ada yang kenal die kan...tqvm etiey...! 

so boleh lah tengok kat album FB die...klik http://www.facebook.com/babykidsstuffmyeec
boleh jugak terus ke SINI




Thursday, January 26, 2012

meh nak share cara penyimpanan dan pengendalian susu ibu...







PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN
 

 EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.



ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH



* EBM = Expressed Breast Milk

* Fresh EBM = Susu yg baru diperah

* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi

* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku



BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI


* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)

* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)

* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.



Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.



* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)

* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)

* Kuantiti susu yang diperah

* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)



Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.



TEMPAT PENYIMPANAN



SUHU BILIK?



* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam

* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam



catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.



FRIDGE/FREEZER?

Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu

Peti Sejuk (2 pintu) - bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
                              - pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)


(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)

(selepas dibekukan ke chiller) - 24 jam

Deep freezer, tahan antara 6 bulan

Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun



BEKAS PENYEJUK?

cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam



PERINGATAN:

* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula

* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula



TIP DAN CARA PENYIMPANAN


Di Pejabat


* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)

* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais



Di Rumah

Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.


* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.

* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.



Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.



JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!


* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.

* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan



==========================================================


Teknik betul beri SIP(susuibu perahan) oleh pengasuh


Susu ibu adalah makanan bagi bayi dan kerjasama pengasuh amat diperlukan sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan.Panduan ini perlu kita berikan kepada pengasuh diharap sedikit sebanyak dpt membantu mengendalikan penyusuan bayi dgn baik.


Elakkan memberikan SIP ketika bayi menangis.bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.
Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya.Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.
Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
Bayi yg akan menentukan bila dia patut berhenti minom. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dlm botol.
Jika bayi kelihatan gelisah,minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP yg ada didlm botol.
Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan,lbh byk SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keadaan bayi yg mungkin kerap meragam.


happy breasfeeding..!


Wednesday, January 25, 2012

jenjalan melihat dunia baru...!






Salam...



Bahagia nya cuti 4 hari...jadi takde mood hari ni datang keje...teringat2 weekend kami yang happening...walaupun sekadar cuti2 di umah aje...tetap happening..ada lah jugak aktiviti jenjalan tapi dekat2 je...sekadar bertawaf shoping complex cuci mata dan ala kadar cuci wallet jugak..hehee..!


Tepekan piccas weekend kitorang last week..weekend sebelum Gong Xi Fa Chai...ronda2 Penang bawak firas melihat dunia...wowee!








syayanggg dak tecik ni...
jadi tak sabar menunggu hujung minggu..nak cium2 sepanjang hari...hee!

si anak selamba jerr...si mama pulak yang berlebihan sengihh...hehee

adoii...panas mama...agak2 la...oouchhh..!


singgahan di pantai seagate...lepas puas meronda queensbay...
 
lepak kejap je kat sini...posing2..
sebab dah lama tak begambar anak beranak...

masa berlalu begitu pantas...kami sudah pun berempat dalam piccas...hehe

tenang bila dia berada dalam pelukan..ooppstt..!


pujaan hati ku...oouchh!

semestinya anak abah...kalo tengah meragam dan meraung2...pass kan kat abah sure terdiam dia...owwhhh sangat tak aci...huhuhh

takpa lah...anak abah pun..
sekurangnya ringan sikit beban mama memujuk rayu...huhu...ayat nak sedap kan hati...


see...dalam byk2 gambar susah sangat nak dapat kan pic firas senyum ke sengih ke...
haishh anti kamera ke ape ni..? padahal kalo di agah mengekek je...

muka tak puas hati...nak start 'enjin' la tuh...huhu..  :-(



Till then.. :-))

Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy