Tuesday, December 22, 2009

SARAWAK.....AKU DATANG - PART 2

Sambungan dari Part 1....aku dan hubby terus melewati setiap rumah2 kaum Sarawak. Melihat rekabentuk dan peralatan yang berada di dalam rumah tersebut...Time ni la nak tengok cara kehidupan kaun Sarawak di rumah panjang. Sebelum ni cuma tahu dan tengok dari media cetak saja so time ni la kita nak mengenal kebudayaan kaum Sarawak yang kita kurang ambil tahu.

walau letih berjalan kaki sepanjang laluan yang kurang selesa buat aku namun aku gagahi jugak becoz nak tahu sgt keadaan kehidupan kaum2 ni yang ku anggap amatla jauh beza dengan kehidupan aku di tempat sendiri....

aku pun tak pasti apa yang sedang dibuat...mengisar padi agaknya...

aku yang dah keletihan dan berpeluh peluh menahan panahan matahari time tu...rasa macam dah tak mampu lagi nak berjalan...

songket tenunan mereka...

panas...dah berpeluh...kaki pun dah lenguh...

rehat sekejap...ambik angin...kami pasangan romantik..hehehee kata jurukamera...

haa...rumah tinggi ni yang paling meletihkan. Punya tinggi rumah ni kalau nak tahu...mulanya macam tak sanggup nak mendaki tangga2 tu...tapi takut ketinggalan di bawah terpaksa la jugak aku naik sekali...

semua yang ada dah terduduk keletihan yang amat sangat...gayat kalau tengok dari atas...rumah ni mungkin di bina untuk kaum yang tinggal di kawasan hutan untuk melindungi dari binatang buas...aku agakla...

ini pemandangan rumah ni dari bawah....

arca2 dan kelengkapan yang terdapat di dalam rumah tersebut...

Kat sini la penamat perjalanan kami...lega dah berakhir...namun banyak yang aku dapat belajar dari apa yang aku lihat.
Selepas tu kami dibawa ke Muzium Kuching pulak....

Aku di Muzium Kuching...

comel patung kucing ni...teringat pada anak2 aku...kat dalam ni cuma pameran yang berkenaan dengan haiwan yang bernama kucing saja...segala gala nya adalah kucing sahaja...


disebabkan keletihan yang masih belum hilang sejak dari Rumah Budaya aku just round dan lihat sepintas lalu saja...lagipun kami semua diberi masa yang singkat saja di tempat tu..

Selepas tu kami di bawa rehat di Waterfront Kuching. Aku bersama hubby cuma lepak di situ bagi menghilangkan lelah...Aktiviti seterusnya bermula esok paginya. Kiranya malam adalah aktiviti bebas kami...aku dgn hubby siap sewa teksi ke Waterfront tempat kami lepak petang tu untuk merasai udara malam Kuching yang sejuk...

Kami yang baru balik dari Sarikin...Kami dibawa ke sempadan Sarikin untuk membeli belah barang2 kraftangan Sarawak....Aku dan hubby siap shopping tikar Sarawak dan barang2 Kraftangan yang boleh dijadikan hiasan di rumah bila balik nanti...

Letih....berpanas dan berpeluh di sepanjang sempadan tu...

Sepulangnya dari Sarikin kami lepak2 di bilik sebelum keluar pulak pada malamnya...

ke Waterfront lagi....

kami menyeberang sungai ni menaiki bot yang tersedia. Rupanya di sebelah sana ada hiburan karaoke...antara group kami ada yang tak segan2 naik ber karaoke sekali...wahh bangga...mendengar tepukan gemuruh untuk group Kulim, Kedah....

Hari terakhir aku dan hubby di Kuching, Sarawak....Kami bertolak balik pukul 9.00 malam dari airport Kuching...Sebelum balik kami dah di bawa ke pasar untuk membeli Terubok Masin yang famous kat sini...Sesapa yang beli barang melebihi had alamatnya terpaksala mengeluarkan belanja sendiri untuk cukai di airport. Nasib baik kami cukup2 had je...Actually kami kena bertolak awal dari jam tu tapi kami dimaklumkan flight delay 1 jam dari time asal...
So...terpaksala kami menunggu lebih lama kat situ...Aku dah tak sabar2 nak balik menemui anak2 aku yang aku tinggalkan...
Flight kami mendarat di airport Penang sebelum kami dibawa menaiki bas terus ke Kulim....
Pengalaman berada di tempat orang menjadikan aku lebih bersyukur di tempat asal. Seperti pepatah ' HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG LEBIH BAIK HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI'......
******************************

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy