Tuesday, December 22, 2009

AKU KE SINGAPORE.....



Sampai jugak aku kat negara orang...Singapore aku jejaki pada 29 May 2009. Actually ini trip anjuran group Koperasi Pegawai Kerajaan Kulim. Setiap tahun aku pasti ikut trip ofis aku. Kali ni tempat yang dilawati adalah Singapore....Memang excited gila kali ni. Aku pergi dgn staf2 koperasi dan anggota koperasi. Terujanya...penuh 2 bas dengan kami...
Kami bertolak dari Kulim ke Johor Bahru dalam pukul 10.30 malam. Sampai Di Johor Bahru kami semua mandi di R&R sebelum bertolak terus ke Singapore melalui Tambak Johor. Pertama kali sampai ke Singapore membuatkan kami begitu excited. Tak sabar nak melihat negara orang.

Kami dah sampai do Kota Singapore....Kami dibawa melawat tempat2 mercu tanda Singapore. First sampai kami ke tempat shopping. Disebabkan matawang yang digunakan adalah bentuk dolar so aku tak ada la gila bershopping sgt...yang aku beli hanya lah souvenir buat orang2 tersayang bila pulang nanti...

Nama tempat ni Merlion Park...Tempat ni la mercu kemegahan orang Singapore...Tempat ni cuma untuk acara bergambar saja.

Mercu tanda Singapore...

Kami tak melepaskan peluang bergambar sepuasnya di tempat ni. Mungkin ini yang pertama dan terakhir sampai kat sini. Kalau ada rezeki lagi di lain kali boleh la bawa family pulak..

Kami di bawa ke Esplanade Park pula...Tak ada apa pun cuma just bergambar kat situ dan boleh la round sekitar sungai.

Ini satu lagi mercu tanda Singapore...Tengok je mercu ni dah tahu berada di Singapore
Selebihnya kami di bawa ke tempat2 yang boleh membeli belah apa yang perlu. Ada jugak terdapat barang2 yang murah dan berbaloi untuk dibawa pulang. Aku tak banyak membeli rasa rugi pulak..

Aku ke sini sekadar untuk melihat dan merasai pengalaman berada di negara jiran. Lagipun barang yang ada kat sini boleh didapati di Malaysia so buat apa membeli hanya sebab dah sampai kat sini. Kat Malaysia pun boleh beli kalau nak..


masing2 tengah touch-up dah seharian berpeluh. Muka pun dah naik berminyak....hehee


Kami berada di Pulau Sentosa untuk menyaksikan show 'Song Of The Sea'...Sebelum ni cuma pernah dengar je...rupa2nya punya la best show ni. Happening gila...para pelakon mempersembahkan secara live...memang the best show yang pernah aku tonton...

gempak betul malam tu...Show animasi terbaik secara live pulak tu. Show tu menggunakan api, air dan lampu yang berwarna warni sebagai elemen penting malam tu...memang best sapa datang sini tak tengok show ni memang rugi tau...


video
VIDEO SHOW MALAM TU....KALAU NAK TENGOK...

video

video
Kami terus bertolak keluar dari Singapore malam tu jugak sehabis tamat saja show tu menuju ke Johor Bahru untuk check in hotel...

Kami tidur semalaman di Johor Bahru. Memang meletihkan setelah bertolak keluar dari Singapore...Maklum malam tu dah check in hotel baru la boleh rest...

Kami singgah di Ayer Itam sebelum bertolak balik ke Kulim membawa pulang seribu kenangan manis yang tak terlupakan...Ada rezeki boleh lagi aku join trip tahun depan pulak...Insyaallah...
Berbanyak terima kasih buat pihak ofis yang menganjurkan annual trip ni becoz membuatkan aku dapat jugak menjejakkan kaki ke negara jiran ni...THANKS A LOT....WE'RE ENJOY AND HAPPY....
************************


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy