Wednesday, February 3, 2010

HIDANGAN AHAD... ( 31 JANUARI 2009 )

Ahad lepas aku cuma berdua dengan Irfan..Hubby keja..Anis pegi sekolah. Sooo boring..Dah mandi, kemas rumah, dobi n jemur kain..lepas tu baru sedia hidangan tengahari...aku jarang jugak nak masak walaupun hari cuti tapi disebabkan azam baru yang baru tertanam iaitu menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya... Setelah dibuat belanjawan aku kena la potong mana2 perbelanjaan yang tak sepatutnya.. Membazir beli kat luar sedangkan lebih jimat kalau masak sendiri sekurangnya boleh makan sampai malam karang lauk tu...

Menu aku hari tu adalah Kari Ikan Bawal...Hubby belikan ikan bawal tu 2 ekor je...cukup2 je...jawabnya ku lepaskan 2 ekor tu dalam kari. Tak da la ikan goreng tengahari tu...lagi mudah tak payah berperang dgn minyak panas..hehee
Cari2 dalam peti sejuk ada la kangkung aku beli minggu lepas nye...aku goreng je dgn perencah nasi goreng..punyala simple..blender2 cili ni lecehh..pe pun janji sedapp..


Tapi tu la aku makan sensorang je ari ni....hubby sah2 petang baru balik. Aku bagi Irfan makan dulu.
Pukul 2.00 Anis (kakak) balik sekolah. Sekarang ni dia dah naik bas balik cuma pagi je aku antar sebab dah memang on the way g ofis...tapi pagi ahad selalunya hubby antarkan.


Kangkung celur ni lebihan kangkung dalam peti sejuk tadi...pikir2 buat sambal belacan tengah2 hari ni lagi beshh...tapi sambal belacan aku jadi kaler ni..cili merah tak da la pulokk...bedal je laa..

Ok ini lah menu untuk hari ni...easy n simple...kenyang dah laa..




Irfan nak makan seniri..cuma simbah kuah sikit..lauk sikit..cukup untuk dia. Tak makan banyak Irfan ni...




Makan mesti nak kena depan tv...mesti nak kena makan dengan HAGEMARU, FUKUCHAN, B-DAMAN, TRANSFORMERS dan ntah pa lagi rancangan kartun dia...




khusyuk tgk tv...dah kering kuah dalam nasi tu....


Panas betul hari tu...aku sampai 2-3 kali mandi..dah kenyang makan ingat nak lelap jap tapi mana nak lelapnya dalam keadaan cuaca mcm tu...layan tv sekejap..
Hubby sampai rumah pukul 5.00 kira awal la....alahai boringnya petang tu nak ajak hubby keluar rasa malas la pulak ...senang cite terperap je lah ahad petang tu.



*****************************************















0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy