Monday, September 22, 2014

Cara mengesan waktu kesuburan wanita






Assalamualaikum
Salam sejahtera



Tahu kah anda wanita di luar sana bagaimana cara check kesuburan tanpa berjumpa doktor atau mengeluar kan kos? 

Ketepatan waktu kesuburan sangat penting untuk wanita yang merancang kehamilan samada untuk menjarak kan kehamilan atau untuk membuat kehamilan. 

Perkongsian yang bermanfaat dari Dr. Zubaidi saya kongsikan di sini untuk wanita mencuba.




KAEDAH MENENTUKAN KESUBURAN 

sebelum membuat analisa seseorang wanita haruslah membasuh tangannya dahulu untuk mengelakkan jangkitan kuman. Lendiran cervical mucus ini biasanya mudah didapati dalam keadaan mencangkung.

1.Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan sesuatu yang agak pejal. Itu adalah pangkal rahem (cervix). Putarkan jari di situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.

2. Lendiran itu perlu dipegang dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya.

3. Jika terdapat kekeringan di bahagian kemaluan (vulva) dan hanya sedikit lendiran mucus, jangan paksa diri untuk terus melakukannya. Ini boleh mencederakan vagina.

4. Tidak perlu menggunakan bahan pelincir seperti KY Jelly untuk tujuan ini kerana ia akan mengelirukan keputusan. Kekeringan ini bermakna seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. Maka kemungkinan untuk hamil adalah rendah.

5. Jika lendiran cervical mucus itu agak kental dan pekat, berwarna putih atau warna krim, ini bermakna seseorang wanita itu menghampiri waktu ovulasi. Jika direnggangkan antara kedua jari , ianya mudah putus. Kemungkinan untuk hamil adalah rendah, namun semakin lama semakin banyak kuantiti lendir dan lendirannya akan bertambah pekat dan jernih.

6. Jadi jika lendiran cervical mucus itu telah berubah menjadi warna jernih, licin dan mudah direnggangkan, ini bermakna wanita itu mengalami ovulasi. Ramai wanita yang menggambarkan lendiran cervical mucus ini sebagai warna ‘putih telur’.

Ketika ini, lendiran itu boleh direnggangkan antara jari telunjuk dan ibu jari sebanyak beberapa sentimeter sebelum ianya putus. Jumlah kuantiti lendiran itu digambarkan sebagai paling banyak apabila seseorang wanita terpaksa menukarkan pantyliner beberapa kali dalam sehari.Inilah masa di mana peluang untuk hamil adalah amat tinggi. Keadaan lendiran sebegini sesuai untuk sperma hidup sehingga 72 jam.

7. Walau bagaimanapun analisa ini haruslah dilakukan ketika di awal pagi kerana lendiran cervical mucus menjadi bertambah banyak berbanding dari waktu-waktu lain.

8.Jangan lakukan analisa ini selepas melakukan jima bersama suami. Ini kerana lendiran sperma masih berada di dalam vagina isteri untuk beberapa hari. Maka keputusan mungkin mengelirukan, sama ada ianya lendiran cervical mucus atau lendiran sperma.

9. Analisa ini juga mengelirukan dan tidak memberikan analisa yang baik jika ada jangkitan kuman pada vagina, atau wanita itu memakan beberapa ubatan moden dan herba atau wanita itu mengamalkan ubat (pil atau suntikan) perancang keluarga. Ini semua akan mengubah kepekatan lendiran cervical mucus itu.

Jika terdapat masalah untuk mendapatkan lendiran cervical mucus itu, silalah berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai cara yang lain bagi menentukan kesuburan. Namun begitu ia dapat dibantu dengan mengamalkan ekstrak Kacip Fatimah 30mg sehari, selama beberapa bulan.

Untuk pengetahuan semua banyak kaedah atau ubatan bagi wanita yang mempunyai masalah kurang subur. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian jika kita berusaha seterusnya berserah dan bertawakal pada Nya.

Jika anda mempunyai masalah kesuburan dan sukar mendapat zuriat saya ada cadangan suplimen iaitu SET KESUBURAN SHAKLEE yang boleh membantu meningkatkan kesuburan dan peluang kehamilan. 





SET KESUBURAN

Untuk wanita :
Gla complex 
B Complex


Untuk lelaki :
Zinc
Vitamin E



Sebarang pertanyaan mengenai masalah kesuburan atau cara pembelian set kesuburan boleh hubungi saya pengedar Shaklee yang sah. 

Fiza SID 1052213
WhatsApp 0195021698

Facebook FIRDZALUV FAREEDA

Page PAKAR CANTIK DAN KURUS

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy