Monday, August 25, 2014

Kepentingan Detoks dan Penyelesaiannya Dengan Agen Detoks Shaklee




Assalamualaikum semua,

Kita biasa mendengar ibu-ibu membersihkan rumah masing-masing, bermula dengan menyapu sampah, kemudian vakum habuk-habuk selepas tu mop pulak lantai semua kan. Bagaimana pula dengan badan kita? Pernah tak kita rasa nak membersihkan bahagian dalaman tubuh kita? Bahasa yang mudah adalah detoks. Detoks adalah cara yang paling sempurna untuk memulihkan badan dari rumah terbuka, majlis hari jadi, atau reunion sekolah misalnya yang kita hadiri setiap cuti hujung minggu.

detox


Bukan sekadar membawa keluar semua toksin dari dalam badan, bahkan detoks akan membuatkan badan anda terasa segar dan detoks sememangnya membuatkan anda tampak lebih cantik bermaya. Bukan hanya jus-jus yang anda perlu ambil untuk melengkapkan pembuangan toksin, bahkan anda perlu ubah cara pengambilan makanan secara menyeluruh. Maknanya kita ubah cara kita diet. 

Setiap makanan yang telah kita ambil dan memang kita rasa sedap sangat sebenarnya bakal mengundang ketidaksihatan pada badan kita. Saya sendiri amat menggemari makanan ala barat dan sering makan makanan segera bergoreng yang mengandungi kalori yang sangat tinggi. Walhal kalori yang diperlukan oleh wanita hanya 1600 kcal sahaja sehari. Pengiraan kalori makanan di entry CARA KIRA KALORI sangat membantu saya mengira untuk memastikan jumlah kalori harian saya tidak terlalu tinggi.

Sumber Detoks Paling Baik

Gambar di atas menunjukkan makanan yang mampu membantu anda mencuci toksin di dalam badan. Paling bagus jika anda mampu menanam sendiri buah-buahan dan sayuran ini. Sebab kebanyakkan orang Eropah yang masih sihat walafiat, mereka tidak mengambil makanan jenis sayuran dan buah-buahan dari sumber yang mereka tidak yakini tetapi mereka memilih untuk berkebun dan menanam sendiri sayuran tersebut.

Peraturan untuk makanan seimbang adalah dengan memakan buah dan sayuran. Itu secara umumnya. Tetapi untuk membersih secara menyeluruh, anda memerlukan buah dan sayuran yang lebih spesifik.

BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN UNTUK DETOKS

Asparagus
  • Terkenal sebagai makanan anti kanser kerana ciri-ciri pembersihan yang dimilikinya. Asparagus membantu mengangkut toksin dan ini akan membudahkan toksin tersebut dikeluarkan dari badan. Asparagus juga kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang baik untuk kesihatan menyeluruh
Halia
  • Merupakan detoks yang amat berkuasa kerana ianya adalah sumber anti-keradangan, pencernaan, dan peningkat tahap imun badan kita.Jadi, jangan memandang remeh akan kebolehan halia ya.
Epal
  • Epal sememangnya terkenal dengan kandungan serat yang tinggi yang menyerap secara perlahan-lahan di dalam tubuh kita. Epal mengandungi asid glucaric yang akan membantu mengeluarkan toksin dari badan. Jika ada yang mengatakan epal menggemukkan, jadikan epal sebagai snek di kala anda amat-amat memerlukan makanan.
Avocado
  • Avocado mengandungi antioksidan termasuk gluthatione yang menghalang karsinogen dan membantu hati membawa keluar toksin semasa proses detox.
Kubis
  • Kubis seringkasi dipandang rendah setiap kali kita singgah untuk makan di gerai-gerai. Tahukah anda bahwa kubis memainkan peranan dalam membantu badan menguraikan dan membawa toksin keluar dari badan. Disebabkan kubis adalah sumber anti-keradangan, dan kaya dengan vitamin maka ia juga membantu menegangkan kulit dari kedutan keran ia rendah kartisol
Bayam
  • Biasanya kita kaitkan bayam dengan kuat. Sebab apa? Sebab kita biasa menonto Popeye. Setiap kali dalam kesusahan, pasti Popeye mencari bayam kan. Sebenarnya bayam adalah elemen yang penting juga dalam membantu hati menguraikan dan membuang bahan tidak diperlukan oleh badan kita.  Bayam juga kaya dengan viatamin A,C dan B-6. Dan mengapa Popeye sering memakan bayam terjawab kerana bayam mengandungi sumber zat besi dan magnesium.
Bawang Putih
  • Bawang putih membantu membersihkan badan kerana kemampuannya melawan segala radikal bebas dan ia termasuk dalam kategori immune-booster. Tambahkan dalam menu makanan atau masakan anda dengan banwang putih bagi memastikan anda mendapat dos yang secukupnya. Dan saya difahamkan bahawa bawang putih sangat baik untuk melegakan selsema dikalangan kanak-kanak. Anda hanya perlu goreng dengan sedikit minyak zaitun dan lenyekkan sebelum di sapu ke telapak kaki anak-anak anda.

Keperluan inilah yang amat-amat ditekankan dalam detoksifikasi. Jadi, sumber-sumber in amat wajar kita amalkan dalam kehidupan seharian. Bagi memastikan anda tidak perlu bersusah payah menyediakan segala keperluan yang saya terangkan di atas, Shaklee yang terkenal sebagai gergasi suplemen dunia, telah pun menjalankan kaji selidik secara terperinci sehingga terhasilnya pelbagai detox yang amat baik untuk kesihatan anda.



SENARAI DETOKS TERBAIK SHAKLEE



  • Herblax amat baik untuk proses detoksifikasi terutamanya yang melibatkan usus besar. Penyerapan vitamin yang lain akan lebih berkesan setelah usus kita dibersihkan oleh Herblax. Herblax akan memberi kesan yang lembut dan tidak menyakitkan seperti detoks yang lain. Anda akan mengalami keselesaan setelah mengalakan herblax.Amalkan 3-4 biji untuk setiap 3 kali seminggu sebelum tidur untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Nak turunkan berat badan? Inilah masanya. Dan saya amat menyarankan anda yang sembelit untuk mencuba Herblax. Bacaa bagi mereka yang mengalami sembelit di entry SEMBELIT DAN HERBLAX



  • Peppermint Ginger Plus terdiri dari Pudina yang akan melegakan otot dan memberi ketenangan. Pudina juga membantu dalam penghadaman dan melegakan kesakitan akibat gastrik serta mengurangkan rasa loya dan mual. Bahan lain yang terdapat di dalamnya adalah Halia yang bertindak membuang angin, memberi keselesaan pada perut dan usus, dan merembeskan enim salvia untuk pencernaan. Selain itu, Pokok Adas yang terkandung dlaam Peppermint Ginger Plus pula bertindak untuk menghilangkan kembung perut, melegakan sakit perut dan membantu dalam masalah allergy di dalam usus.





  • Garlic mampu mengeluarkan raksa dari dalam tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam yang paling bertoksid yang akan meningkatkan tekanan darah. Garlic mampu melingdungi sel-sel dari kemusnahan disebabkan oleh logam tersebut dan membantu mencegah kerosakan hati. Kajian menunjukkan pengambilan Garlic dari 2-4 biji sehari mampu menurunkan tekanan darah tinggi, melindungi jantung dan mengelakkan strok.





  • Bahan yang terdapat dalam DTX Complex adalah Milk Thistle yang bertindak sebagai antioksidan, Schizandra Chinensis pula berperanan menghalang toksin menghuni badan kita, Cendawan Reishi juga merupakan sumber antioksidan , Dandelion mempunyai Cynarin yang melancarkan pengaliran cecair hempedu, Kunyit yang seperti kita sediamaklum untuk mencegak kanser hati dan memberi kesihatan kepada hempedu , dan Esktrak Artichoke juga mengandungi Cynari bagi membantu kelancaran cecair hempedu ke tahap normal.



Dengan sumber detoks yang telah saya nyatakan tadi, maka amat mudah bagi pengguna di luar sana yang masih tercari-cari detok yang bersesuain dengan badan dan keperluannya telah dinyatakan dengan terperinci.
Kita bertanggungjawab ke atas kesihatan diri kita. Maka, ikhtiarkan sesuatu yang akan membuatkan diri kita berterima kasih kembali kepada kita.

Nak dapatkan sumber detoks yang dijelaskan tadi? Atau anda inginkan penjelasan lanjut tentang produk Shaklee yang meletop tu? Saya boleh dihubungi dengan Whatsapp/ SMS/PM ke 0195021698


Credit to


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy