PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN
EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu
Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk
diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab
itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk
memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu
sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar
dan tahan lama.
ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH
* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI
* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan
dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.
* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1
bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan
pembaziran.
TEMPAT PENYIMPANAN
SUHU BILIK?
* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.
FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu) - bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan ke chiller) - 24 jam
Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun
BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
TIP DAN CARA PENYIMPANAN
Di Pejabat
* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan
di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat
pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu
formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika
satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja.
Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah
peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian
beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama
dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk
kegunaan esok hari.
JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu
di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup
pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas
dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan
penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk
membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
==========================================================
Teknik betul beri SIP(susuibu perahan) oleh pengasuh
Susu ibu adalah makanan bagi bayi dan kerjasama pengasuh amat
diperlukan sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan.Panduan ini perlu kita
berikan kepada pengasuh diharap sedikit sebanyak dpt membantu
mengendalikan penyusuan bayi dgn baik.
Elakkan memberikan SIP ketika bayi menangis.bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.
Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan
mula menghisap jarinya.Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut
dan bukannya mengikut jadual.
Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.
Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
Bayi yg akan menentukan bila dia patut berhenti minom. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dlm botol.
Jika bayi kelihatan gelisah,minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP yg ada didlm botol.
Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3
bulan dan 6 bulan,lbh byk SIP diperlukan bagi membantu pengasuh
mengawal keadaan bayi yg mungkin kerap meragam.
happy breasfeeding..!
23 comments:
info berguna untuk akan datang ni hehehe, patutla si bambam si gebu jek, dpt susu mak ye...
EBM tu bukan exclusive breast milk ker?
ke sha yg salah?....just bertanya
sangat berguna info akak ni.. leh digunapakai nanti
sangat²lah bagus info akak ni.. untuk pengetahuan saya.. terima kasih...
sangat²lah bagus info akak ni.. untuk pengetahuan saya.. terima kasih...
bagus info ni..berguna kalau nak ingat balik nnti..hehe
Alhamdulillah info yang sangat baik buat semua.. terutamanya erma ni.. hu hu hu berusaha tangga kejayaan kan kak fieza kan.. insyaalah.. tq bab sudi share info berguna ni.. tambah tomeilah firas..
cheqna boleh amik semua ni sebagai panduan bila cheqna dah ada baby nanti
thanks kak =)
Tip yang sangat berguna nieh buat semua Ibu2 :)
blog akak penuh info psl BF..bagus ni kak =)
thx... sama mcm mana nureen wat masa ellesya dlu gini jgk :)
wah rajin fieza kongsi tips...good2...cumilnye baby..da lain muka dia..baby ni muka berubah ubah kan..
thanx kak fieza share info nieh.. so nanti bila ada baby kecik lagi, leh refer kat sini jerk.. hehe
makin bambam dah firas.. geram tengok..
sgt2 detail...tq 4 info....betuah si firas ni...
info y sgt bagus bagi ibu2 y bf anak
love u lah kak fiza..sblm neh kurang paham sikit info BF ni..dh baca serba sikit kat sini..baru paham..hehehe..thanks for da info!
Deciding upon Applications For refurbished machines
Look into my web site - used transmissions
Feel free to visit my homepage :: buy used engines
http://storimory.blogspot.com/2013/01/semangat-baru.html
Terima Kasih Fieza..berguna sangat2....
Click To Investigate
Visit my web page: bankruptcy lawyer attorney
Also visit my website ... law bankruptcy
Click For More
My web blog lawyer lead generation
Look into my web page ... lawyer lead generation
Hey There. I found your blog using msn. This is a very
well written article. I will make sure to bookmark it and
return to read more of your useful information. Thanks for the post.
I will certainly return.
My webpage: cardsharing anbieter
Ilmu yang bermanfaat, blog pun menarik..baby pun comel..hehe
http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/
Post a Comment