Saturday, March 6, 2010

MY BELATED BIRTHDAY

Entry kali ni aku nak story pasal birthday2 aku yang lepas2.
For information tarikh kelahiran aku dari perut mak aku ke dunia ini adalah pada tanggal 11 September 1979...
Maklum lah sebelum ni tak sempat nak coretkan kat sini becoz aku baru
je berjinak2 dalam dunia blog.
Jadi kesempatan ini aku nak la jugak abadikan serpihan2 kenangan
di hari ulangtahun kelahiran aku yang
masih ku simpan sehingga saat ini. Aku hanya
mampu coretkan kenangan birthday aku untuk 3 tahun kebelakangan
ni saja. Aku tak simpan memori birthday
yang sebelum2 ni....hukk..


***********************************************

**BIRTHDAY KE-28**

Kad ucapan dari member ofis....aku hargai usaha kalian. Thanks....

Present dari dorang la ni...Masing2 buat collection. Setiap dari kami bergilir2 buat collection untuk setiap birthday staf..

wajah di usia 28 tahun....rindu pada usia time ni..Kalau lah boleh ku
putarkan masa...

**************************************

**BIRTHDAY KE-29**

Kek ni merupakan kek birthday yang ke-29 dari member sepejabat aku. Tak lupa aku kenangan di ambang usia 29 tahun ini. Time ni risau sgt umur dah nak masuk akhir 20-an...alahai... Actually angka tu tak la merisaukan aku sebab ia nya hanya sekadar angka sebab aku rasa aku masih hip hop lagi...

kasut ni present from my friend untuk birthday yang ke-29.. Thanks...aku hargai segala pemberian yang tak ternilai harganya...

milik siapa kah wajah ini? Ini lah diri aku selepas 5 hari menyambut ulangtahun kelahiran ku yang ke-29 tahun...ceria..actually aku snap sendiri foto ni..ok lagi...tak tua lagi..hehee



************************************

**BIRTHDAY KE-30**

Kad Ucapan dari member ofis for my 30th besday....

Collection Box pemberian dari member se ofis...

Present dari my lovely hubby...cincin belah rotan. Hubby siap buat suprise lagi...Hubby letak kotak cincin tu di tapak tangan aku time aku tengah baring2 after balik kerja..

Aku di ambang usia 30-an...foto ni pun aku snap sendiri sebulan selepas ulangtahun kelahiran aku....alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang berpanjangan untuk aku melaksanakan tugasan harianku baik di opis ataupun di rumah....

Aku masih belum puas mencapai cita2 dalam hidup ini dan masih terus mencari dan menggapai kecermerlangan dan kebahagiaan dalam hidup aku. Ada yang masih aku harapkan ianya menjadi realiti dalam kehidupanku....

*******************************

TERSEMAT KISAH DISEBALIK BIRTHDAY2 AKU. ADA SUKA ADA DUKA. SEMOGA BIRTHDAY2 AKU YANG AKAN DATANG SENTIASA MENCATATKAN
MEMORI YANG INDAH2 SAHAJA....

*******************










Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy