Monday, March 8, 2010

PARENTS & TEACHER MEETING AT KINDERGARDEN...

Sabtu 6/3/2010 di tadika Irfan belajar diadakan perjumpaan antara parents dgn class teacher masing2. Irfan berada dalam kelas Pre-School Rose so...every parents diminta menghadiri PTM (Parents & Teacher Meeting). Ni la meeting yang pertama
bagi tahun 2010..
Actually aku kena kerja on that day.. tapi aku ambik cuti becoz nak temankan Irfan on that day walaupun hubby boleh gantikan aku..
Aku dan hubby berada di sana dalam pukul 12.30 tgh.
Time tu dah tak ramai parents, aku sengaja pergi last2 minit sebab aku malas nak tunggu lama kat situ.
Kebiasaannya parents akan masuk class berjumpa ikut giliran. Setiap parents yang masuk biasanya mengambil masa dalam 15 minit mcm tu..lama jugak tu...

Mulanya aku seorang je yang pergi...hubby nak tunggu dalam kereta. Tapi sebab dah lama jugak tunggu aku suruh hubby dgn anak2 masuk je kat dalam. Lagipun ada member hubby pun sedang menunggu giliran..tak ramai dah time tu dah lengang, aku..pastu cuma ada 3-4 orang.
Kiranya kami parents at last...
Time lengang ni boleh la aku snap2 gambar..posing2 di tadika Irfan. ye la ni kan last year Irfan study kat sini..after Irfan dah tak ada sape2 lagi nak aku hantar kat sini. Tapi tak tahu la kan kot2 ada rezeki nak menambahkan family kami kan??? Insyaallah...

Class Teacher Irfan...Teacher Azila...kat sini teacher yang ajar muda2 belaka..dan comei2 pulak tu...Teacher Azila ada la beri komen pasal Irfan ni...ada komen yang baik dan dah tentu la ada yang tak baiknya si Irfan ni...Kelakar pun ada bila aku dengar komen2 tu.

PERTAMA :
Irfan dalam class memang tak nakal sgt dan tak banyak pot pet2...tapi suka main colour pencil. Dia susun colour tu kat atas meja tulis dia pastu dia panggil kengkawan dia ramai2 join dia...nak show la tu colour pencil dia..kalau teacher Azila tak bagitau aku pun tak perasan sebab...colour pencil dia masih elok dan cukup 12 batang. Ni kira dah 2 bulan lebih tapi colour pencil masih elok dan cukup tu kira oraitla. Dia dah pandai sayangkan benda dia kira bagus la walaupun tiap2 hari dia sepahkan colour pencil tu kat atas meja..Teacher Azila ckp kena marah esok dia sepahkan lagi...mcm tu la hari2...
KEDUA :
Tulisan dia paling cantik dalam class. Kemas..bulat2...dan tersusun di baris. Tapi kelajuan Menulis tu slow sikit...kalau buat homework mesti lambat habiskan sebab Irfan ni suka main2..tak serius..
KETIGA :
Spelling..kantoi...dia tak ingat..teacher spell di depan dia buat2 tulis di buku tapi bila tengok tak da pa2 pun yang ditulis....Irfan...Irfan...kasik malu mama...hikk.. Aku dah ajar dia hafal perkataan tapi dah dia sendiri tak boleh nak catch up...
KEEMPAT :
Reading...ok.. Bacalah Anakku series dan LadyBird series ok buat masa ni walaupun masih kurang lancar.
KELIMA :
Numbering & Calculation...pun masih kurang si Irfan ni...Masalah Irfan ni dia cepat lupa. Aku kena remind kan setiap kali nak start calculation. Minus..plus pun kadang2 lupa bezakan...Tapi bila dah start 2-3 soalan haa laju je dapatkan jawapan...betul semua pulak tu..bukan tak pandai cuma cepat lupa...
KEENAM :
Irfan kuat makan teacher Azila cakap..patut la time aku ambik dia petang pukul 5.30, baru je langkah kaki masuk dalam kereta dia dah mengadu lapar. Hari2 macam tu..Memanjang lapar tapi saiz badan gitu jugak...Rupanya kat tadika dia selalu minta tambah makanan dia..tak kira la makanan apa pun yang dorang sediakan...
" TEACHER...I WANT SOME MORE.." haa gitu laa ayat dia. 2-3 kali dia cakap dan minta tambah, setakat 2 kali tu boleh la lebih daripada tu mana nak cukup yang lain ramai lagi...
Tu antara yang aku masih ingat2 lupa tentang perbualan aku dgn teacher Azila hari tu...mengejutkan dan mengujakan aku dgn hubby..
Tapi aku harap yang itu saja la pasal Irfan di Tadika tak ada la yang buruk2 lagi...harap2 tak ada la dia buat perangai mcm kat rumah. Irfan good boy....

Kegembiraan anakku adalah kebahagiaan aku...Irfan happy kat sini..
Dia stay kat situ sampai petang...tak ada masalah lagi buat masa ni
so..kiranya dia suka dengan environment kat situ..

Irfan tak complain apa2 sehingga saat ini...aku kira semuanya ok2 belaka...so aku pun tak payah nak pikir2 tentang hal dia time aku kerja...boleh buat kerja dgn tenang..


Wajah Tadika Inovatif Ceria Pintar (TICP). Aku hantar kedua2 anak aku kat sini...

*********************************

PERBUALAN DAN PERBINCANGAN AKU DENGAN TEACHER AZILA AKAN ADA LAGI PADA MASA AKAN DATANG UNTUK PERJUMPAAN YANG KESEKIAN KALINYA. MAYBE DENGAN PERJUMPAAN SEPERTI INI AKAN MENINGKATKAN LAGI PRESTASI SETIAP STUDENT KAT SINI. PARENTS BOLEH TAHU DAN DAPAT FEEDBACK DARI PIHAK TICP TENTANG PRESTASI ANAK MASING2....

*****************









1 comments:

Faiza said...

nak tanya sikit, TICP tu kat mane yer kat Kulim ni? Bagus dak? Boleh kasi contact number TICP dak? Sy tengah survey tadika untuk anak masuk tahun depan. Thanks

Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy