Wednesday, March 10, 2010

NEW YORK SKIN SOLUTIONS

New York Skin Solutions aku redah masuk tanpa sesen pun aku keluarkan....redah pun kena buat appoinment la dulu. Sabtu time aku jalan2 dgn hubby di JUSCO...kebetulan time tu lalu depan New York walaupun memang dah berhajat lama nak try free facial yang diwar2 kan tu. Aku terus masuk untuk buat appoinment hari lain. Aku pilih hari Isnin petang sebab dah tak sabar nak tunggu hari minggu. Hubby kata orait2 je dia nanti temankan aku petang Isnin after balik kerja..
Teruja aku sebaik melangkahkan kaki ke New York...merasa jugak aku masuk before this asyik lalu je. Aku on time sampai di situ...Hubby dgn Irfan terpaksa la ronda2 dulu dalam masa 3 jam yang dijanjikan tu. Aku dibawa oleh consultant untuk scan skin aku sebelum facial..emm rupanya begitu skin aku yang sebenar. Nampak kat luar ok2 je..kat dalam aduhai oily sgt..dgn pimples di bawah kulit yang tunggu time je nak keluar. Satu lagi.. skin aku dah nipis dan sensitif akibat penggunaan skin product yang sebelum2 ni..huhuu..rasa mcm nak ambik je pakej treatment hari tu jugak...



aku tak sempat snap gambar aku time ni..so aku letak gambar2 ni

gift yang aku dapat after facial

Selesai facial dalam 2 jam lebih tu sekali lagi skin aku di scan semula. Nak tengok kesan before and after facial...keputusannnya dah tentu la skin aku jadi lebih bersih dari sebelum tu. Consultant Jenny dah explain kan aku pasal treatment yang boleh aku ambik. Harga repair treatment 10 sesi mak aiii...RM3500.00. Dia suggest aku ambik yang 5 sesi dulu tu pun dlm RM1750.00. Apa nak buat time tu memang tak dapat la aku nak buat decision lagi. Kena pikir 10 kali kot...kena tanya hubby dulu..kalau ada lebihan budget baru la boleh kalau tidak melopong sekejap la...continue je skin product aku yang sekarang ni.

**********************************

KEPADA YANG BELUM CUBA FREE FACIAL NEW YORK SKIN SOLUTION TU LEBIH BAIK PERGI BUKAN SENANG NAK DAPAT FACIAL PERCUMA...SELAMA NI ASYIK DOK TENGOK KAT TV JE SEKARANG AKU DAH MERASA...

******************




3 comments:

Anonymous said...

lepastu apa yang jd???akak sign x kontrak ngan diorg???

syafiqa said...

ok lpas 1750 tu skali byr or after each session baru byr

Anonymous said...

Akak teruskan ke treament tue?

Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy