Sunday, January 16, 2011

'NGANGKUNG' di Astro First....




Salam...

Sebetul nya belum tgk lagi filem NGANGKUNG nie...nak tgk di pawagam...malass...at last kami berpeluang tgk filem nie di Astro First 'Kini di Pawagam, Dan di Rumah Anda'...hebat kan Astro sekarang mengada kan chanel yg baru ni...buleh je tgk filem yg di tayang kan di Pawagam di umah seniri kan...sekali nak pilih filem tu dikena kan caj RM15.00 utk 48 jam tayangan..so akan di ulang tayang sehingga 48 jam ok...buat masa nie filem yg sedang di tayang kan di Astro First adalah...'Ngangkung'...'Aku Masih Dara' dan 'Damping Malam'...ingat ari nie nk tgk 'Aku Masih Dara' la...nampak nya berganda la caj bil astro aku next month...hehe..




'NGANGKUNG'



Barisan pelakon Filem Ngangkung ialah Shaheizy Sam sebagai Azim (Pelakon Utama) Azad Jazmin, Angah Raja Lawak, Putri Mardiana, Eira Syazira, Mazlan Pet-Pet, Azlee Jaafar, Hamdan Ramli dan ramai lagi.
Sinopsis Filem Ngangkung
‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.
Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya.
Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.
Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli.
Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka?
Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”. Sebuah lagi filem komedi seram terbitan Metrowealth (MIG).


nota : ok skrg...takda alasan malas ke pawagam kan...ada di Asto First...'nak tgk...tekan aje..!'


11 comments:

Ena said...

heheh..

tak pe la melambung pun.. janji leh tengok dengan mcm2 gaya kat umah sendiri kan!.. lalala.. :D

~aSHa~ said...

kak fieza...tersama entry kita pagi ni....

asha pun dah beli 2 cite...aku masih dara tu...minggu lagi satu la kot..kalo hari bekerja ni tak sempat..kena beli time weekend..sbb dia hanya 48 jam je kan..

LYAfrina said...

kiranya satu citer rm15 ke?? camner r nk register??

Fieza79 said...

Ena

btol tu..leh tgk sambil kuak lentang ke ape le suma boleh hehe

Fieza79 said...

asha

itu la..time keje rasa cm rugi je...baek time weekend kan...tp tu la nk tgk sekali je..2 3 kali tgk boring la pulak...hehe kira berbaloi la jgk kan..

Fieza79 said...

Lya

ya..satu filen RM15.00...just Lya tekan chanel 480..ikut je arahan dia..mudah je..

cheqna said...

first date n first time tengok wayang tertengok citer ni r..
hehehehehehe

mamalieyna said...

hehe...nnti tak sedar main tekan je kan...bila bil smpai..alamak! hehe..

pepun camni best gak kan, takyah g panggung!

ngangkung mmg mant0ps!

Myra Jay said...

Astro selalu kena caj, bila time angin/ribut tgh syok layan citer pun leh hangin 1 badan sebb xleh tgk..huhu

~Miss Sukasih~ said...

Antara 3 filem tu..nieyla dah tgk 2 dr tu..cume damping malam jer terlepas..xdpt nak tgk..

[-suziey-] said...

eh kebetulan baru tgk smlm..ok la..xde cite sgt tp menarik sbb lawak dorang tu jek..

Related Posts with Thumbnails
 
Designed by Whitey Mommy